Rugi.

Hidup ini sementara saja
Jangan jadikan hidup ini satu permainan
Dan,
Kematian itu satu rahsia
Namun kita pasti ketemu titik ajal
Mungkin esok atau lusa
Pasti tiba giliran kita
Alangkah ruginya kita
Bahawa kita sedar kematian itu pasti
Tetapi kita masih lagi leka dan lalai
~TasbihSuci๐ŸŒน๐Ÿƒ

*#SHARE*
*#JANGAN EDIT*

Pendosa.

๐Ÿ“ŒTazkirah Ringkas

๐Ÿ“‘INGATLAH! KITA SEMUA PENDOSA. MAKA JANGAN KITA BERHENTI BERTAUBAT KEPADA ALLAH

Firman Allah SWT :
ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุบูŽูููˆุฑูŒ ุฑูŽุญููŠู…ูŒ
[Surat At-Tahrim 1]
โ€ŽTerjemahan :
“dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

๐Ÿ“ฎJoin Telegram Tazkirah Ringkas
telegram.me/DakwahTanpaHenti

Sebarang teguran/nasihat email to
tazkirahringkas@gmail.com

Mati.

๐ŸŒธ *Apabila Engkau Rasa Mati Itu Berada Dihadapanmu* ๐ŸŒธ

Maka engkau akan sentiasa memperbaiki dan mempersiapkan dirimu menuju hari kematianmu.

Solatmu yang dahulunya chulas tidak berkualiti, semakin engkau perbaiki dan perbanyakkan sehingga engkau menemui khusyuk dan kemanisannya.

Aib saudaramu yang dahulunya engkau sibukkan, kini engkau tidak punya masa melihat aib mereka lagi kerana aibmu lebih utama untuk engkau takuti dan tutupi.

Dulunya engkau sangat suka berhibur sehingga ketawamu sangat jelek didengari teman temanmu, tetapi kini hiburan yang engkau pilih hanya sekadar keperluan sahaja demi untuk memenuhi fitrah kemanusiaanmu.

Engkau mula menyayangi makhluk Allah yang lain. Kucing yang dahulunya engkau sepak kerana meminta makanan darimu, tetapi kini engkau sangat pemurah dengan membelikan mereka makanan.

Al Quran yang dahulunya engkau jadikan perhiasan di dalam almari almari perhiasan rumahmu semata mata, kini tidak lagi kerana Al Quran telah engkau jadikan sahabat paling akrab yang sangat engkau kasihi.

Oleh kerana itu betapa pentingnya engkau perlu merasakan bahawa mati itu sentiasa berada dihadapan.

Mati itu rahsia Allah. Mati itu pasti akan berlaku keatas dirimu! Engkau larilah sejauh mana kakimu mampu melangkah, mati tetap akan mendapatkanmu.

Jadilah orang yang bijak seperti kata Rasulullah SAW “orang yang bijak itu adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan melakukan persiapan untuk menghadapinya”

Jangan engkau rasa sementaranya kehidupan ini merupakan peluang engkau berbuat apa engkau suka, kerana jika itu yang engkau rasa, maka engkau pasti akan terbeliak mata kerana sengsaranya kehidupan selepas engkau di alam barzakh sana.

Beringat ingatlah!

*Muhasabah Iman Menuju Barzakh*

Senafas Ke Barzakh : https://goo.gl/N91mmH

Ahli syurga.

*Santapan Minda*๐ŸŒท๐ŸŒฟ

Jangan kita menyangka syurga itu dipenuhi oleh org2 suci bak malaikat di dunia. Sebaliknya, syurga itu dipenuhi oleh bekas2 pendosa yg bertaubat. Manakala neraka pula di penuhi oleh org2 alim yg munafik.

Di akhirat kelak ada AHLI MAKSIAT yg masuk SYURGA kerana TAUBATNYA yg benar dan ikhlas…
Ada AHLI IBADAH yg di campakkan ke NERAKA kerana amalnya yg penuh dgn RIAK dan TAKABUR.

*”Semoga amalan kita tidak menjadi buih buih di lautan..*
*Banyak tapi tidak boleh dijadikan sabun untuk mencuci*”

๐Ÿ˜Œ๐ŸŒท๐Ÿƒ๐ŸŒน๐ŸŒด๐Ÿ’โ˜˜

Semoga Allah sayang.

Dia yang berkopiah ,
Dia yang berserban .

Dia yang bertudung labuh ,
Dia yang berpurdah .

Kadang buat dosa .
Kadang buat salah .
Kadang diri terbabas juga .

Dia bukan ‘malaikat’.
Dia juga seperti engkau .
Bukan maksum .
Tetapi pendosa .

Mungkin dia sedang belajar .
Mungkin dia sedang berhijrah.
Ingin kembali kepada fitrah .
Ingin bermujahadah .

Maka ,
Tegurlah , bukan menghukum .
Sayangilah , bukan memfitnah .
Maafkanlah , bukan membenci .
Mudahkan , bukan menyusahkan .

Kepada si dia
Allah itu ada . Sentiasa ada .
Tidak pernah tidur, tidak pernah leka .
Mahupun pelupa.

Dia mendengar setiap doa2 hambaNya .

Allah dengar .
Allah tahu .
Allah nilai .

Berdoalah .
Pohonlah agar dirimu diberi kekuatan
Untuk memartabatkan agamaNya di muka bumi ini.

Moga Allah sayang .
Semoga bermanfaat .๐Ÿ’•๐ŸŒธ๐ŸŒธ

10 Mutiara berharga.

_Sewaktu Baginda Rasulullah sedang sakit, terlontar satu soalan pada Jibril:_

_”Wahai Jibril, adakah kau akan turun ke bumi setelah aku tiada?”_

_”Masih lagi Ya Rasulullah, aku turun ke bumi untuk mengambil 10 Mutiara hidup peninggalan mu.”_

_Lalu baginda bertanya kembali:_

_โ€œMutiara apakah yang kau akan ambil?”_

_Jibril menjawab:_

โ€Ž(ุงู„ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู) ุฃูŽุฑู’ููŽุนู ุงู„ุจูŽุฑูŽูƒูŽุฉูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถูุงโ€

_*Mutiara Pertama* yang akan ku ambil dari muka bumi ini adalah *BERKAH.*_

_*Mutiara Kedua* yang akan ku ambil dari bumi adalah *RASA CINTA* dari hati manusia:_
โ€Ž( ูˆูŽุงู„ุซูŽู‘ูŽุงู†ู‰ู) ุฃูŽุฑู’ููŽุนู ุงู„ู…ูŽุญูŽุจู‘ูŽุฉูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูู„ููˆู’ุจู ุงู„ุฎูŽู„ู’ู‚ู

_*Mutiara Ketiga* yang akan ku ambil dari bumi ini adalah *RASA KASIH SAYANG* di antara keluarga:_ (ูˆูŽุงู„ุซูŽู‘ูŽุงู„ูุซู) ุฃูŽุฑู’ููŽุนู ุงู„ุดู‘ููู’ู‚ูŽุฉูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูู„ููˆู’ุจู ุงู„ุฃูŽู‚ุงูŽุฑูุจู
_[ yakni rasa kasih sayang antara keluarga semakin menipis. ]_

_*Mutiara keempat* yang akan diambil oleh Jibril dari bumi ini adalah *KEADILAN* di hati pemimpin:_
โ€Ž(ูˆูŽุงู„ุฑู‘ูŽุงุจูุนู) ุฃูŽุฑู’ููŽุนู ุงู„ุนูŽุฏู’ู„ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฃูู…ูŽุฑุงูŽุกู

_*Mutiara Kelima* yang akan ku ambil dari bumi ini adalah:_
โ€Ž(ูˆูŽุงู„ุฎุงูŽู…ูุณู) ุฃูŽุฑู’ููŽุนู ุงู„ุญูŽูŠุงูŽุกูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูู‘ุณุงูŽุกู
_*RASA MALU* dari kaum wanita-wanita._

_*Mutiara Keenam* yang akan ku ambil dari bumi adalah:_
โ€Ž(ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽุงุฏูุณู) ุฃูŽุฑู’ููŽุนู ุงู„ุตู‘ูŽุจู’ุฑูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ููู‚ูŽุฑุงูŽุกู
_*RASA SABAR* orang-orang fakir._

_*Mutiara Ketujuh* yang akan ku ambil dari bumi adalah:_
โ€Ž(ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽุงุจูุนู) ุฃูŽุฑู’ููŽุนู ุงู„ูˆูŽุฑูŽุนูŽ ูˆูŽุงู„ุฒูู‡ู’ุฏูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู’ู„ุนูู„ูŽู…ุงูŽุกู
_yakni *WARAK dan ZUHUD* dari para ulama._
_[ Warak adalah cukup berhati-hati menjaga diri dari yang syubhah dan yang haram, sedangkan zuhud itu tidak mementingkan harta-dunia, kedua-duanya merupakan ciri seorang ulama. Jika warak dan zuhud telah hilang dari ulama maka nilai jati dirinya terjejas._

_*Mutiara Kelapan* yang akan ku ambil dari bumi adalah:_
โ€Ž(ูˆูŽุงู„ุซูŽู‘ูŽุงู…ูู†ู) ุฃูŽุฑู’ููŽุนู ุงู„ุณูŽู‘ุฎุงูŽุกูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฃูŽุบู’ู†ููŠุงูŽุกู
_*DERMAWANNYA* orang-orang kaya._

_*Mutiara Kesembilan* yang akan ku ambil dari bumi adalah:_
โ€Ž(ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽุงุณูุนู) ุฃูŽุฑู’ููŽุนู ุงู„ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ
_*MENGANGKAT al-Qurโ€™an.*_
_[ yakni menghilangkan ruh al-Qurโ€™an itu sendiri sebagai panduan dalam kehidupan.]_

_Dan *yang terakhir,* mutiara yang akan ku ambil dari bumi adalah *IMAN:*_
โ€Ž(ุงู„ุนุงูŽุดูุฑู) ุฃูŽุฑู’ููŽุนู ุงู„ุฅููŠู’ู…ุงูŽู†ูŽ
_[ Ini adalah mutiara paling berharga di antara sembilan mutiara lainnya.]_

_Marilah kita sama-sama merenungkan seperti yang telah disebutkan oleh Jibril a.s. pada akhir zaman ini. Semoga kita akan menjadi lebih baik dari yang sudah-sudah._
_Aamiiin Yaa Rabbal โ€˜Aalamin…!!!_

_Sumber: Kitab Nur Al-Abshar, karya Asy-Syabalanji_

๐ŸŒˆ๐Ÿ’ฆ๐ŸŒˆ๐Ÿ’ฆ๐ŸŒˆ๐Ÿ’ฆ๐ŸŒˆ๐Ÿ’ฆ๐ŸŒˆ๐Ÿ’ฆ๐ŸŒˆ

_Jadilah CAHAYA, walaupun tak tersentuh, tetapi selalu menerangi. Jadilah ANGIN, walaupun tak nampak, tetapi selalu memberikan kesejukan. Jadilah SAHABAT/SAUDARA SEJATI, walaupun tidak bersama menjalani hari, tetapi selalu menjaga hati._
_Selamat beristirahat.._
๐Ÿ๐ŸŽ‹

Hati yang keras.

*โSalah satu sebab kerasnya hati seseorang, bila mana syaitan menghiasi amal perbuatannya.*
*Apa maksud syaitan menghiasi amal perbuatan?*
*Amal perbuatan baik akan dihiasi oleh syaitan oleh hal-hal yang tak baik. Amal yang tak baik akan dihiasi oleh syaitan seakan-akan perbuatan itu baik.โž*

[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]

Allahu..moga dijauhkan dr sifat munafik..๐Ÿ˜ข

#motivasihikmah…โ™ฅ๐Ÿ’ฆ